Sabtu, 7 Mac 2009

animasi

2 cara menguruskan badan......... hehe =p

Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan badan..
seorg lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "kami menawarkan 2
program disini... RM50 utk versi 'biasa' dan RM100 utk versi 'cepat'."
mamat tu pon berkata,
"saya ingat yang biasa lah sbb saya ni baru nak try kuruskan bada
" ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga di kaunter.

mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. selang 2 minit
kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam
bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat
tu tak senang duduk,berpeluh
perempuan tadi berkata, "kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa
saja dgn saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat
tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon tak dapat lagi.
tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.


apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya
dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nk turun berat bdn,.. memang berbaloi aku
bayar RM50 td" katanya seorang diri.


keesokkan harinya dia datang semula ke tmpt tersebut. dia ditegur oleh
pemuda di kaunter. setelah diberi penerangan seperti semalam.. mamat tadi
memilih utk mencuba versi 'cepat' pula.

"baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.


setelah beberapa minit didalam bilik itu, datangla seorang body builder yang
badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata
"saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalu saya dapat ... ...
hehhehheee

BERSEDIAKAH UNTUK BERUMAHTANGGA??

Perkahwinan tu saat paling manis dlm hidup...

Apakah Persediaan anda utk berumah tangga....mari kita buat homework skit.....

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!

==>Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

==>Harus sedia berkongsi


Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

==>Sedia untuk sakit hati (owhk..oooo)

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

==>Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

==>Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

==>Sedia untuk berpisah (sedaynye..)

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagia. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

==>Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

==>Soal anak (ahaaa)

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.
HEHEEHE.........pikir2 kan lah....... =p

Jumaat, 6 Mac 2009

blueberry cake.... sedapnyerrrr!!!!!


cerita sebenar P.RAMLEE... =p

Dia seorang pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip,
etc. Dia seorang Seniman Agung yang terkenal.
Semua orang tahu itu.


Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik? Tiga daripadanya adalah artis.


Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar
sejarah.



Berikut adalah nama adik-beradiknya:

A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee , F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee , O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.


Yang sempat rakam album dan jadi artis adalah:

A Ramlee, L Ramlee, M Ramlee dan P Ramlee.


Beliau juga ada 3 saudara pupu di mana dua daripada mereka
bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan...
iaitu Ramli Burger.

Sekian terima kasih.

Maklum kpd semua eekk...


wekekekekekekekek. .....


Have a nice day.......

Pakar jiwa...mentol....pesakit jiwa...

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.

"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

"Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.

"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi.

"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?

cinta ni mmg aneh

BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.


Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.


Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.


Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal.................................... pikir la sndiri.. ngeh3 =p

Teori Kemunculan Kentut

kentut terjadi karena grafitasi bumi pada gas2 yang memiliki masa, m.
Diperkirakan juga kecepatan angin yang keluar dari anusnya.
Telah dibilang bahwa kentutpun terefek oleh undang-undang Newton pertama atau 'Newton's First Law' bahwa sesuatu akan selalu berjalan selama-lamanya dan kentutpun mungkin bisa berjalan dari Indonesia ke Surabaya.
Kemungkinan mereka juga terkena efek 'acelleration' bahwa sesuatu akan selalu jatuh 10 meter dibagi detik dibagi detik tanpa adanya 'Wind Resistance'.
Jika masanya sudah cukup besar grafitasi bumi akan cukup besar untuk menarik gas2 tersebut, sehingga timbulah kentut.
"Itulah sebabnya kentut muncul dari lubang bawah, bukan lubang atas," kata seorang penganut teori Newton dengan bangganya.
Menurut kesepakatan terakhir para kentutologist dalam Konvensi Kentut Sedunia yang diadakan di bawah pohon petai, qualitas kentut dirumuskan dengan:
Qk = sinh(Sk) + ln(Bk) + [exp(Kk)]^Jk
Di mana:

Qk = kualitas kentut (DUT)
Sk = suara kentut (dB)
Bk = bau kentut (mol)
Kk = kecepatan kentut (m/s)
Jk = jangkauan kentut (A)
hahahhahaha..... =p

adakah anda mangsa nya? haha

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi...
janganlah sayang merajuk lelama sangat..
betui... abg tersangatlah rindu kat sayang.....
walaupun muka abg ni agak macho dan comel....
janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating....
biasa la tuh...
Apa...tak muat...???
kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi...
apsal la tak muat pulaks....
janganlah sayang risau....
duit cincin yang sayang bayarkan tadi..
esok-esok abg bayarla balik kat sayang.....
sayang pun sedia maklum....
abg bukannya takde duit..tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg....
RAM pun abg dah beli yg baru...
tambah lagi sekeping...
kasi power sikit....
tu belum masuk nak tukar hard disk baru lagi tuh....
Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer...
melompat longkang depan kedai apek tu tadi...
tanpa menunggu sayang melintas titi....
bukan abg tak gentleman..tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...
tobat..lain kali abg tak buat lagi.......
Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...
sorry la...
abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh.....
soksek..soksek...
masa sayang gi toilet..
tak perasan pulak..dah abih...
sedaaaaaaappppp....!!
tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg??
tak sedap ker roti canai kosong tuhh???
udah ler tu... .
janganla merajuk lama lama...
Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee...
abg pinjam jaap henset sayang...
nanti abg tukaq la balik....
sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu...Hehehehe .!
henset sayang kecik...
buleh abg simpan dalam kocek abg...
Betuuuul...........!
Semalam abg dah booked tiket citer Upin & Ipin tuh...
abg ingat la kan...
cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la...
pasal tu la tiket dah abis.....
lagi satu....
sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hari raya aritu...
kira pinjam terus la yee....
boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok...
bukan abg tak nak beli baru...
tapi sayang la...
benda elok lagi...
buat apa nak beli baru kannn...
tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks...
ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....
Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop..
ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi...
jadi Gen2 sayang ni...
kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje...
sayang bukan tak tau...
tempat keje abg kan jauh...
sayang pergi keje naik LRT pun bolehh........!
...Lagi satuu....
besok sampai kat opis sayang nanti.....
sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye...
bukan apa...
Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii...
motor kapcai abg pun tak camni...
Okeyla sayang...
dah cakap lama ni...
jgn lupa top up kan prepaid abg nii...
esok2 senang abg nak call sayang lagi...
bye-byee....

Korang Kalau Dapat BOPREN Mcm Ni...Aper Nak Buat Eh...?

love....


comel jer katun tu....
ape makne nye 'love' ek????
cinta ke?
sayang ker?
bleh nk tau ape definisi sebenarnye 'love' itu.. =) peace