Jumaat, 17 April 2009

MOM....................... =

assalamualaikum... >>
nie aku de satu citer yg bley dijadikan pengajaran...
>>bacalah dgn hati yg terbuka..
>> insya Allah anda kan dapat sesuatu...

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu mudayang baru bersalinitu bersuara antara dengar dan tidak kepadaseorangjururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayiyang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
Dibuka selimut yang menutupwajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayitersebut beradadipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannyake luar tingkap.
Tidaksanggup dia bertentang mata dengan si ibu yangterperanjat melihatbayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika.
Dakapan danciuman silih bergantisehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapunmengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukupmengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yangtiada cuping telingaitu yang kini telah memasuki alam persekolahanmenangis memberitahubagaimana dia diejek rakan-rakan.
"Mereka katasaya cacat," katanyakepada si ibu.
Si ibu menahan sebak.
Dipujuknya si anak denganpelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajarcemerlang dengan menyandangpelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpacuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk
Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.
"Saya yakin dapatmelakukannya jika adapenderma," kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini.
Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak.
Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.
Si anak cukup seronok,bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata sianak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya.
Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, diatetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.
Tak percaya... tanyalah pada sesiapapun kenalannya.
"Ps :Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikaltetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlahSYURGA DI BAWAH TELAPAKKAKIIBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna,selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,
'love u mom'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan